JA211 SSQL1113 KUMP A STATISTIC FOR SOCIAL SCIENCE

Sinopsis:

Kursus ini memperkenalkan metod statistik dan analisis data secara deskriptif serta inferensi dalam bidang sains sosial. Analisis data secara deskriptif tertumpu kepada beberapa metod persembahan data kualitatif serta kuantitatif dengan menggunakan jadual taburan kekerapan, carta, graf, gambarajah, peratusan, statistik Ukuran Kecenderungan Memusat seperti Min, Median, Mod dan juga Ukuran Serakan seperti Julat, Varians serta Sisihan piawai. Beberapa statistik inferensi untuk pengujian hipotesis dengan menggunakan aplikasi komputer SPSS for Windows (Statistical Package for the Social Sciences) diberi tumpuan seperti Korelasi Pearson, Regresi Mudah, Ujian Perbandingan Min Dua Kumpulan Sampel (Ujian t), ANOVA Sehala dan analisis Khi Kuasa Dua.