JA241 GLUL3113 KUMP M ADMINISTRATIVE LAW

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendekatan dari aspek undang-undang pentadbiran dengan merujuk kepada keadaan-keadaan yang wujud di Malaysia dan juga di negara-negara luar. Jentera pentadbiran kini semakin luas kuasanya dan berkembang pesat dari segi struktur dan fungsinya. Oleh itu kawalan dari segi kehakiman dan lain-lainnya adalah amat perlu. Kepelbagaian fungsifungsi negara melalui perundangan dan perwakilan kuasa meluaskan kuasa budibicara pihak eksekutif. Oleh itu kewujudan undang-undang pentadbiran bertujuan untuk mengimbangi hak-hak dan tanggungan rakyat dan kerajaan. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada kes undang-undang yang menjadi asas serta pembuktian kepada sesuatu doktrin atau amalan yang mempunyai kuatkuasa undang-undang di dalam aspek pentadbiran.