JA241 GMGA2033 KUMP A ETHICS FOR PUBLIC ADMINISTRATOR

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendekatan tentang etika pengurusan awam dengan merujuk kepada keadaan yang wujud di Malaysia dan negara Barat. Perkhidmatan awam sebagai satu institusi penting dalam pemerintahan negara perlu sentiasa pragmatik dengan tuntutan persekitaran dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Oleh itu, kewujudan etika pentadbiran awam adalah bertujuan untuk memberikan arah serta garis panduan kepada penjawat/pentadbir awam supaya matlamat mewujudkan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan responsif, berdisiplin dan bertanggungjawab akan dapat dicapai.