JJ251 MPU1012 KUMP LW PHILOSOPHY AND CONTEMPORARY ISSUE
Kursus ini merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun negara. Kursus ini bertujuan agar pelajar dapat memahami domain falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir. Topik utama dalam falsafah iaitu logik, psikologi, epistemologi dan metafizik dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antarabudaya serta memupuk nilai sepunya. Isu semasa akan dibincangkan dalam konteks domain falsafah meliputi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Di akhir kursus, pelajar berupaya meneliti isu semasa dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.