Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar yang bakal menjadi pengurus tentang tatacara berurusan dengan menggunakan bahasa Melayu dalam bidang pengurusan. Tumpuan diberikan kepada penguasaan kemahiran bahasa dan komunikasi dalam pelbagai bidang organisasi. Pada akhir kursus, pelajar akan mampu menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan dengan pihak-pihak yang berkepentingan.